Tat Nasi Ayam

Available both in Jitra and Alor Setar

Selera Jelapang

Available in Alor Setar

Sri Pumpong

Available in Alor Setar and Jitra

Louna Lennata

Louna Lennata comes from Estonian language which mean Lunch Fly.

Monday, 1 April 2013

Product / Service Advantages



Louna Lennata merupakan salah sebuah syarikat pertama di utara yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tengah hari di sekitar Jitra dan Alor Star. Louna Lennata menawarkan pelbagai menu berlauk yang biasanya menjadi pilihan pelanggan serta makanan sampingan seperti bihun sup, koewteow sup dan mee sup. Louna Lennata menawarkan perkhidmatan peghantaran makanan tenghari kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta pelajar IPT di dekitar kawasan Jitra dan Alor Star. Hal ini telah dikenalpasti kerana golongan tersebut tidak mempunyai masa yang mencukupi atau mengejar masa dengan tugas yang perlu diselesaikan, berkemungkinan besar golongan ini tidak mempunyai ruang untuk keluar membeli makanan tenghari. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tengahari kepada mereka dangan menawarkan pilihan set menu yang telah ditetapkan. Kami juga menawarkan harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kami bukan sahaja menawarkan makanan berlauk dan dan makanan sampingan seperti bihun sup, malahan turut menyediakan pencuci mulut serta buah- buahan untuk para pelanggan kami. Para pelanggan juga boleh membuat pesanan makanan tengahari dalam tempoh seminggu mahupun sebulan dengan pakej- pakej istimewa.

Company Objective


Louna Lennata telah menetapkan beberapa objektif tersendiri bagi merealisasikan matlamat syarikat untuk lebih berkembang menjadi salah sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan tengahari yang berjaya di sekitar negeri Kedah. Antaranya ialah : 

  1. Perkhidmatan ini ditubuhkan bertujuan untuk menjimatkan masa pengguna daripada keluar membeli makanan
  2. Perkhidmatan ini ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkanan makanan tengahari.
  3. Perkhidmatan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan semasa membeli makanan di kedai.
  4. Perkhidmatan ini akan mencapai sasarn menjelang tahun 2016 di seluruh negeri Kedah.

Vision and Mission




Vision


Untuk menjadi salah satu syarikat penghantaran makanan tengahari yang dikenali di seluruh Malaysia.

Mission

  1.  Mewujudkan dan mengekalakan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
  2.  Menjaga dan mengekalkan disiplin pekerja.
  3.  Ingin menjadi perkhidmatan yang dipercayai ramai.