Louna Lennata merupakan
salah sebuah syarikat pertama di utara yang menyediakan perkhidmatan penghantaran
makanan tengah hari di sekitar Jitra dan Alor Star. Louna Lennata menawarkan pelbagai menu berlauk yang biasanya menjadi
pilihan pelanggan serta makanan sampingan seperti bihun sup, koewteow sup dan
mee sup. Louna Lennata menawarkan
perkhidmatan peghantaran makanan tenghari kepada kakitangan kerajaan dan swasta
serta pelajar IPT di dekitar kawasan Jitra dan Alor Star. Hal ini telah
dikenalpasti kerana golongan tersebut tidak mempunyai masa yang mencukupi atau
mengejar masa dengan tugas yang perlu diselesaikan, berkemungkinan besar
golongan ini tidak mempunyai ruang untuk keluar membeli makanan tenghari. Kami
menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tengahari kepada mereka dangan
menawarkan pilihan set menu yang telah ditetapkan. Kami juga menawarkan harga
yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kami bukan sahaja menawarkan makanan
berlauk dan dan makanan sampingan seperti bihun sup, malahan turut menyediakan
pencuci mulut serta buah- buahan untuk para pelanggan kami. Para pelanggan juga
boleh membuat pesanan makanan tengahari dalam tempoh seminggu mahupun sebulan
dengan pakej- pakej istimewa.